Permintaan ramai yang tinggi terhadap kayu manis menyebabkan daerah ini begitu terkenal di mata saudagar-saudagar tempatan dan asing. mereka inilah yang memberi gelaran "Kampung Keningau" pada daerah ini sempena nama pokok kayu Koningau yang memudahkan mereka mengenali kawasan sumber utama kayu manis.
Nama KENINGAU
terus masyhur dan terkenal serta kekal sehingga ke hari ini sebagai
sebuah daerah yang tertua dan terbesar di Bahagian Pedalaman.
Mengikut isitlah saintifik kayu manis disebut dengan nama Cinnamomun Burmannii dan tergolong dalam familia Lauraceae.
Batu Sumpah tersebut kini diletak di perkarangan Bangunan Urusetia Keningau. |
Batu Sumpah ini telah didirikan pada tahun 60 an atas Perjanjian di
antara Parti Pasok Momogun yang diketuai oleh mendiang Y.Bhg. Datuk
G. S. Sundang @ Datuk Gunsanad Samson Sundang dan mendiang OKK Sodomon
Bin Gunsanad dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia untuk menghormati
hak kebebasan beragama, adat istiadat anak rakyat Negeri Sabah oleh
Kerajaan Malaysia dan rakyat Negeri Sabah, Penduduk Bahagian Pedalaman
Atas (Keningau) bersumpah taat setia kepada Kerajaan Malaysia.
Mascot Daerah Keningau - mengenal Payau
satu ruminan yang termasuk dalam kelas-kelas
berikut, Order. Artiodactyla, Sub-order. Ruminantia, Famili: Cerdidae,
Genus: Cervus/Axis/Spese: Unicolor (payau Sambar), Elaphus (Payau
Merah), Timorensis (Payau Timor), Nippon (Payau Sika), Axis (Payau
Chital).
Di Asia sahaja terdapat 16 jenis spesis payau (G.K.
whitehead, 1972). Di Malaysia, terdapat 2 jenis payau sambar iaitu
Cervus Unicolor Equinus yang terdapat di Semenanjung dan Cervus Unicolor
Brokei yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Jenis-jenis payau lain
yang diternak di Malaysia adalah payau merah (cervus elaphus), Payau
Chital (axis-axis) Payau timor (Cervus Torensis) dan payau Fallow (dama
dama). Sedikit masa dahulu, payau siku (Cervus nippon) juga diternak
di Malaysia, namun oleh kerana masalah penyakit Tuberculosis maka
banyak payau sika telah dimansuhkan serta tidak diimpot lagi.
Payau Sambar merupakan jenis payau yang
lebih besar daripada jenis-jenis payau yang tersebut di atas. Payau
Sambar jenis Cervus Unicolor Equinus lebih besar daripada Cervus
Unicolor Brokei.Rujukan : http://www.sabah.gov.my/pd.kgu/sejarah.html
No comments:
Post a Comment